Searching with my good eye closed???

بسم الله الرحمن الرحيم




Di saat cincin itu disarungkan ke jarimu. Maka bertautlah segala janji. Sebagai tanda ikatan yang bakal menyatukan kita kelak. Semoga apa yang diidamkan dan impikan akan menjadi kenyataan.

Biar apa pun yang datang melanda, aku harapkan hati ini dan hati itu akan tetap teguh bersama. InsyaAllah...

Aku berdoa agar aku ini menjadi milikmu. Yang menjaga diri kamu. Yang membimbing diri kamu. Yang membahagiakan diri kamu. Yang menjadi pembela diri kamu. Yang menjadi teman sehidup semati dengan kamu. Dan yang ditakdirkan menjadi sebahagian diri kamu.

Sayang,
koben

Mengapa aku ini?

بسم الله الرحمن الرحيم


Indah sungguh pagi ini. Terbangun di kala orang lain sedang indah lelapnya. Paling indah apabila membaca SMS yang ditujukan untuk aku. Memang sangat indah dan sangat dalam kata²nya membuatkan aku langsung tak lena tidur kembali.

Aku seolah buta tak nampak apa yang terjadi. Berpura-pura seolah-olah tak tahu perkara di sekeliling aku. Aku... entahlah

Apa saja yang boleh buat dia terasa begitu, amat payah untuk aku memahami.

p/s: Mungkin aku tak harus tidur semalam *sigh*

Layang-layang Terputus Talinya

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma


Mudah saja kan? Setitik nila dengan cepat merosakkan sebelanga susu. Dan dengan pantas semua susu tak boleh diminum lagi. Segala luahan yang patutnya tentang minggu lepas dah menjadi luahan tentang awal pagi ini. Zasss terlalu senang semua itu dibiarkan dan dilepaskan...

Waiting for the day

بسم الله الرحمن الرحيم




Penat + ngantuk + sakit perut
Aku baru je siapkan VO utk jiji.. thought bleh siap dlm 1hr tup tup adeh sampai kul1 pagi.

Dekat 2 minggu dah blog aku tak terusik.. semangat menaip hilang secara tiba-tiba. Entahlah.. aku sendiri pun tak tahu angin apa yg bertiup buat aku tiada semangat.

Hari hari berlalu begitu saja.. macam macam perkara berlalu begitu saja dan tidak begitu saja. Tapi biarlah kerana ia dah berlalu. Tak boleh nak diingatkan sgt. Lebih penting apa yg aku berlaku dlm masa 2 minggu lagi. Baju dah siap, budget dah diagihkan utk buat hantaran, duit minyak + tol pun dah tolak tepi, duit utk mak bapak aku pakai baju baru pun dah kasi.. hurmmm ada lg yg tak diselesaikan dan akan diselesaikan secepat mungkin.

I really cant wait for that day.. hari yg bakal mengubah hidup aku secara total.. menjadi sesuatu yg lebih baik i hope... InsyaAllah

p/s: I'm glad u like the present n the card.. jaga baik² ye