Selamat Berpuasa

بسم الله الرحمن الرحيم





Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama kepada pembaca² blog aku. Paling utama utk tunang tercinta, jiji.

Alhamdulillah dah 4 hari ramadhan berlalu, dan cukup puasa aku setakat ini + smyg terawih. Bulan ramadhan byk tinggalkan kenangan bagi aku. Yg paling tak dapat dilupakan, dlm tahun 1425 hijrah di mana aku bertemu buat kali pertama dgn tunang aku :). Puasa byk kasi pengertian dlm hidup aku. Sekurang kurangnya aku pernah merasai dugaan berpuasa di perantauan. Sekurang-kurangnya pengalaman itu amat berharga bagi aku.

Tahun ini sebenarnya aku rasa sedikit kekurangan. Kekurangan yang bagaimana? Jika diikut perancangan asal, ramadhan tahun ini sepatutnya dilalui bersama dengan si dia sbg pasangan yg sah. Tapi mungkin bukan rezeki kami, InsyaAllah tahun depan pasti milik kami! :)

Hari minggu mcm ni amat panjang bagi aku. Tiada aktiviti yg dilakukan. Terasa masa amat perlahan sekali :P

Anyway... aku baru aje sambor hp baru.
SE K550i :D


Specs
Screen
262.144 color TFD
176x220 pixel

Memory
Memory Stick Micro™ (M2™) support (up to 2 GB)
Phone memory 64MB*
*Actual free memory may vary due to phone pre-configuration.

Networks
EDGE
GSM 850
GSM 900
GSM 1800
GSM 1900

Available colours
Jet Black
Plum Ruby
Pearl White

Sizes
102 x 46 x 14 mm
4 x 1.8 x 0.5 inches

Weight
95 gr
3.4 oz

Dari w580i turun ke w660i dan akhirnya hp ini jugak aku beli. Tensen jugak nak cari w580i ngan w660i, semua kaler yg aku nak semua takde :(. Yg K550i ni pun sama.. selamat terjumpa jugak kaler putih ni. Walaupun terpaksa beli original set, aku pueh hati *hidung kembang*. Itu pun setelah 2 3 hari memikir keputusan, baca review baca forum apa semua. Hehehehe (been thinking to flash firmware to w610i) huehuheuehue adeh..

Selamat berpuasa

Hati = Love ?

بسم الله الرحمن الرحيم




Hati
Dia telah aku lepaskan
Benarkah putih itu menyenangkan
Hitam itu menyakitkan
Atau
Adakah putih itu hitam
Hitam itu sebaliknya
Akal terus diperah
Diri terus dimuhasabah
Setiap kita
Aku kira
Aku congak
Sebenarnya
Kita bertutur berlainan bahasa
Berbeda kata
Kalaupun zahirnya ia satu bahasa
Jangan diharap untuk menerima
Andai kita belum bersedia untuk memberi
Usah dipinta agar difahami
Bila sendiri tidak mahu mengerti
Hidup bukan untuk diri sendiri


Kadangkala aku kehilangan kata untuk melafazkan... Terlalu perit untuk meluahkan... Andai ku biar semua... Pasti ia terus begini...