Anak Bapak

بسم الله الرحمن الرحيم




Sebelum Jiji update, baik aku update dulu... huehuehuehue

Dah lebih 3 bulan aku jadi ayah, tak penah sekalipun aku tarok gambar anak aku... Harapkan jiji je la bertimbun timbun blog pasal anak.

Kenapa kah?

Adeh... bz jadi bapak sebenarnya :P~

I just cant wait for her to grow up... hahaha and definitely gonna make her be 'anak bapak'. Jgn marah ye mak! But this little girl is really gonna be 'anak bapak'! Now hurry up and breastfeed her.. biar dia besar besar cepat cepat... then bleh lepak bawah ketiak bapaknya! :P~

Hidup biar semak

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadang kadang aku benci betul hidup penuh semak ni. Tak tenteram jiwa. Entah bila la aku nak jadi org kaya hidup bergaji 5 angka.



Sedih aku tgk... ntah bila la org tua aku nak merasa anak laki sulung dia ni kirim duit tiap2 bulan... maaf la.. aku pun semak

Andaikata aku ini robot

بسم الله الرحمن الرحيم



Andaikata aku ini robot, pasti semua senang belaka. Aku tak perlu processor canggih utk menterjemahkan perasaan perasaan yang ada dalam hati ini. Dan yang pasti aku tak perlu ada hati kerana aku robot.

Andaikata aku ini robot, pasti semua mudah bergaya. Aku boleh buat apa saja. Hatta semua kerja yang ada. Takkan ada penat takkan ada letih. Kurang tenaga caskan sahaja.

Andaikata aku ini robot, pasti senang ikut arahan. Memang itu tugas robot. Diberi arahan dan selesaikan. Tidak pernah kata tidak. Memang aku diprogram begitu. Arahkan sahaja apa juga cara bahasa. Yang pasti kerja akan terlaksana. Tak perlu disuruh suruh, programkan sahaja.

Andaikata aku ini robot, pasti senang mengurus semua. Sudah selesai simpankan sahaja. Dibiarkan seorang hingga diperlukan semula.

Tapi sayang aku bukan robot. Hati aku lebih kompleks untuk menguruskan semua hati dan perasaan yang ada. Perasaan terabai, dipinggir, menjadi org suruhan, kecil hati, sakit hati, sebak, sedih, marah, berkecamuk...

Tapi sayang aku bukan robot. Mata aku bukan dicipta utk membuat order beribu ribu produk setiap hari. Mata aku bukan utk check sales beribu ribu barang setiap hari. Mata aku bukan utk keep track waste record, profit record, sales record, non-movement record, report. Alangkah indah kalau pc aku boleh sediakan segalanya... pasti mudah hidup aku. Wahai pc bukankah engkau itu robot???

Dan sayang aku bukan robot. Tubuh aku tak ada charger. Yang hanya boleh charge tenaga aku hanya isteri aku. Tapi sayang aku keseorangan. Tenaga hanya mengalir... menunggu masa utk kong. Tubuh aku bukan dicipta utk angkat barang berkilo kilo setiap hari. Tubuh aku bukan dicipta utk mencari satu satu barang yg perlu direturn kepada supplier. Tubuh aku bukan dicipta utk mencari barang barang yang pecah atau rosak utk dicompilekan dalam waste report. Tubuh aku bukan utk mengemas backroom yg bersepah sepah barang tak tentu hala yang menambahkan sesak beban kepala aku.

Disebabkan aku bukan robot, aku terpaksa cabut kerja awal setiap hari. Tinggalkan semua sampah sarap di tempat kerja utk aku hadapi semula esoknya. Biar lantak tunggang langgang aku punya kerja. Sebab aku pun tahu mana satu yang aku perlu lakukan dulu

Aku disimpang antara diam dan berkata. Kata org, berkata itu senjata dan diam itu dusta. Dan aku memilih senjata kerana dusta membawa dosa. Dosa itu hanya ditebus di neraka. Dan aku bukan ahli syurga, namun aku tak mahu menjadi penghuni neraka.

Makan Utk Hidup.. Hidup Utk Makan?

بسم الله الرحمن الرحيم





This pretty much summed up a girl’s attitude when it comes to eating. I have this strange feeling where our female counterpart are more fussy with food, or shall I say, they eat to live, and not live to eat. Albeit some guys do live to eat, which I believe is in the minority.

What say you?

Ke mana telah ku bawa dia?

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku ini selalu saja begini.. melulu menurut kata diri.. lupa akan kata kata lain maka langsung mencoret satu garisan luka kepada yang lain. Aku lupa akan aku yang lagi satu, membiarkan yang lagi satu merendam sakit, menahan pedih pelbagai sambil aku biarkan terkontang.

Ke mana telah ku bawa dia?

Berjalan aku tanpa beriring tangan.. melangkah sehaluan. Seolah aku dan aku yang lain melalui denai yang berlain arah sedangkan patutnya seiringan. Maaf sewajarnya arah kita sama